Karnival kempen ‘Home Upgrade’ yang diperkenalkan pemaju projek Bandar Tasik Puteri (BTP) di Rawang, Selangor berjaya menjual pelbagai jenis rumah bernilai RM4 juta dalam masa dua hari iaitu pada 15 dan 16 Januari lalu.
Dalam kenyataannya di Kuala Lumpur, BTP berkata, lebih daripada 20 gerai yang menjual pelbagai produk berkaitan dengan kelengkapan rumah disediakan dengan tawaran harga menarik kepada pengunjung.
Seramai 1,000 orang mengunjungi karnival berkenaan yang bermula dari jam 10.30 pagi hingga 6 petang.
Katanya, pemaju menyediakan pelbagai aktiviti lain seperti pertandingan melukis untuk kanak-kanak, pemberian hadiah kepada pengunjung dan perkhidmatan bas percuma kepadda penduduk sekitar Kundang, Batu Arang, Rawang dan Sungai Buloh.
“Bagi mereka yang membuat pembelian rumah pada hari berkenaan mendapat pakej ‘Home Upgrade’ bernilai RM8,000 ke atas.
“Pakej ini memberi peluang kepada pembeli menghiasi kediaman mereka dengan cara dan kehendak pembeli,” katanya.
Selain itu, katanya, pemaju juga menawarkan pinjaman perumahan sehingga 100 peratus, yuran guaman ditanggung sepenuhnya oleh pemaju dan wang pendahuluan serendah RM100.
BTP berkata, pembeli boleh membuat pilihan rumah yang diminati dengan melihat sendiri rumah berkenaan kerana kebanyakan rumah yang ditawarkan siap 80 peratus.
Mereka yang terlepas peluang mengunjungi karnival Kempen ‘Home Upgrade’ minggu lalu, boleh berbuat demikian dengan mengunjungi Bandar Tasik Puteri (BTP) pada 29 dand 30 Januari ini.