Kempen Home Upgrade capai matlamat

Utusan Malaysia
10 February 2005

Kuala Lumpur 10 Feb. – Kempen Home Upgrade yang dilancarkan oleh Bandar Tasik Puteri baru-baru ini terbukti berjaya apabila pelbagai jenis rumah bernilai RM8 juta berjaya dijual dalam tempoh dua minggu.

Lebih menarik, mereka yang membuat pembelian semasa kempen tersebut menerima pakej renovasi percuma bernilai RM8,000 setiap satu.

Ini bermakna pembeli boleh mengubah suai dan dekorasi kediami mereka mengikut citarasa masing-masing.

Pembeli tidak perlu risau tentang pembayaran kera kos renovasi ditanggung sepenuhnya oleh pemaju.

Pelbagai gerai yang menjual produk renovasi dan kelengkapan rumah disediakan ditak jualan Bandar Tasik Puteri.

Selain itu, pembeli juga boleh membuat pemilihan rumah idaman mereka dengan melihat sendiri rumah berkenaan kerana kebanyakan rumah yang ditawarkan telah siap 80 peratus.

Pembeli dapat berjimat tanpa perlu membayar kadar faedah berperingkat, kos yuran guaman ditanggung oleh pemaju dan wang pendahuluan serendah RM100 sahaja.

Pembeli juga boleh menikmati pinjaman rumah sehingga 100%dan kakitangan jualan kami akan membantu menguruskan pinjaman untuk pembeli.

Kerana sambutan yang menggalakkan, pemaju melanjutkan kempen tersebut sehingga pertengahan bulan ini.

Pembelian rumah boleh dibuat melalui kaunter-kaunter Bandar Tasik Puteri di lebih 20 buah pasar raya di sekita Lembah Kelang.

Bagi pengunjung yang data ke tapk jualan Bandar Tasik Puteri, Rawang pada hari Sabtu dan Ahad akan menerima cendera mata percuma yang ditaja oleh Sunsilk, Adabi, Tumix dan Hershey’s.

Untuk pertanyaan sila hubungi Encik Azahan, Senior Sales Manager untuk Bandar Task Puteri di 03-2162 1566.